"KEIMANAN, KEJUJURAN, SEMANGAT dan TINDAKAN merupakan ciri-ciri utama bagi pengertian 'kepemudaan'" (as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna)

Friday 13 April 2012

PRESIDEN ISMA!!! Jika tak faham jangan membebel macam puan Umno !!


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didakwa mengalami krisis identiti oleh Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden Isma berasaskan kenyataan beberapa individu lalu menyifatkan PAS tidak konsisten dan mengalami kekeliruan terhadap hala tuju partinya. Asas dakwaan ini tidak valid.

2. Pertama: Saya ucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Presiden Isma terhadap PAS sekaligus menarik perhatian umum khasnya anggota Isma sendiri kepada PAS untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan biasanya apabila dicetuskan sesuatu polemik, maka ia akan menarik perhatian serta perasaan ingin tahu terhadap perkara tersebut. Dalam kes ini, PAS menjadi subjek polemik yang dicetuskan oleh Presiden Isma, sekaligus memberikan publisiti kepada PAS.

3. Kedua: Identiti ialah pengenalan dan jati diri. Apabila kita bercakap soal identiti PAS, ertinya kita bercakap mengenai pengenalan dan jati diri PAS. Kepada siapa yang belum mengenali PAS atau buat-buat tidak kenal, maka izinkan saya memperkenalkan buat kesekian kalinya setelah PAS ditubuhkan sejak 1951 berasaskan undang-undang tubuhnya.
Inilah Pengenalan 
dan Jati diri PAS:

a] Fasal 3 . Perlembagaan PAS: Dasar PAS ialah Islam
b] Fasal 4 . Perlembagaan PAS: Seruan PAS ialah Allahu Akbar.
c] Fasal 5 . Perlembagaan PAS: Tujuan PAS ialah:

~ Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah .
~ Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .

d] Fasal 6 . Perlembagaan PAS: Usaha-usaha:

~ Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

~ Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan.

4. Isu Negara Berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam, lalu mereka mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

5. Lebih menarik, Umno juga menyatakan demikian sedang Umnolah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini. Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada-ngada betullah mereka ni!

6. Suka saya jelaskan di sini bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam. Setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti plan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan Syariat Allah swt. Itulah Fasa 1 projek PAS.

7. Fasa ke 2, PAS bergerak dengan lebih praktikal. Bukan sahaja membentang plan induk (Fasa 1) yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam. Ia adalah pengisian dan perlaksanaan. Sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata-mata atau juga di tohmah sebagai negara mullah.

8. Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah (pengabdian diri kepada Allah). Ia menepati pembentukan Good Governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.

9. Menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat-buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS. Selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Plan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan Fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS.

10. Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah Pengukuhan Identiti. Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana.

Terakhir dikemaskini (Ahad, 25 Disember 2011 11:49)

Baca Seterusnya >>

Thursday 12 April 2012

Aziz Bari : Pembaziran Melampau BN Yang Akan Mufliskan Negara


SHAH ALAM, 12 APR : Dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis dalam tempoh dua tahun sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan dan menunaikan tiga janji mereka adalah tidak tepat.
Sebaliknya Umno-BN ‘terlupa’ bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah pengurusan tidak telus, pembaziran melampau dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka.
Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara pemerintahan Pakatan terutamanya di Selangor.
Di negeri itu pengurusan yang lebih telus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.
“Sebagai contoh di Kedah, kerajaan PR menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus.
“Begitu juga di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu muflis.
Bahkan kalau kita tengok, simpanan tunai di Selangor juga meningkat walaupun pelbagai program kebajikan dilaksanakan. Justeru, tidak timbul soal bangkrup,” ujarnya apabila ditemui di sini.
Tegasnya, tiga janji yang ditawarkan Pakatan, penghapusan kutipan tol, gaji minima RM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan negara.
Tambahnya, kenyataan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini berhubung mekanisma untuk memansuhkan PTPTN juga meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara akan bertambah baik di masa hadapan.
“Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi jaminan untuk mengelakkan negara muflis,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Aziz berkata, keadaan ekonomi negara yang merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi.
“Saya tidak nampak bagaimana mereka (Umno-BN) boleh mengubah sikap mereka seperti yang dijanjikan kerana kita lihat sendiri program transformasi yang diwar-warkan juga gagal.
“Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik.
“Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir negara,” katanya.

Baca Seterusnya >>

BN buat kacau di ceramah DAP


Baca Seterusnya >>

Sunday 15 January 2012

ANDA ADA SESUATU YANG INGIN DILAPORKAN?



ANDA aktivis parti di peringkat cawangan, kawasan dan negeri? 
Anda tidak berpuas hati kerana program dan aktiviti PAS di kawasan anda tidak dilaporkan? 
Jadilah wartawan rakyat. Hantar kegiatan parti di kawasan anda melalui wartarakyat@harakah.net.my 
Setiap laporan perlu mengandungi nama program, tarikh, tempat, perasmi, apa yang diucapkan dan butiran-butiran lain yang anda fikirkan perlu untuk diketahui umum. 
Hantarkan laporan anda dalam format plain text dan gambar dalam format jpeg. Selamat melapor.
Baca Seterusnya >>

Tuesday 3 January 2012

Ustaz Azhar Digeruni BTN




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Seorang sahabat dari Biro Tata Negara(BTN) pernah memberitahu Ustaz Azhar sekarang ini digeruni oleh UMNO kerana pengaruhnya yang semakin merebak ke seluruh negara. Ustaz Azhar dilihat oleh UMNO mampu menyebabkan mereka tewas PRU 13 nanti.Kalau sebelum ini nama ustaz Azhar tidak begitu dihiraukan tetapi muktakhir ini, Ustaz Azhar sudah mula menjadi target pencacai UMNO dan turut mendapat perhatian ulamak muda UMNO.Perkembangan baru ini mengesahkan maklumat dari BTN tersebut dan perkara ini mungkin memberikan satu tekanan kepada BTN untuk mengolah serang balas terhadap Ustaz Azhar yang nampaknya tidak memberi peluang kepada mereka untuk berbuat demikian.
Ustaz Azhar sejak tersingkir dari masjid Ladang sehingga kini tetap istiqamah dengan penyampaian bersandarkan nas nas dari alquran, al hadis dan ulamak muktabar.Perkara ini menyukarkan pemikir pemikir UMNO untuk menyerangnya sehinggalah mereka mendapat peluang pada sudut ijtihad mengenai zakat yang khilaf.Peluang ini digunakan oleh ulamak muda mereka untuk menyatakan kesilapan ustaz Azhar tetapi tidak seorangpyn yang berani membantah kata kata Ustaz Azhar mengenai kemungkaran yang tidak dicegah dalam negara, tidak seorangpun sanggup menyanggah ulasan Ustaz Azhar mengenai negara yang tidak berada di bawah payung ulamak.
Begitu juga seorang blogger pencacai UMNO yang menyifatkan Ustaz Azhar sebagai agen iblis kerana muncul di sambutan tahun baru sambil bermain gitar bersama Zizan raja Lawak.Dibawanya sebuah hadis yang kononnya mengharamkan alat muzik sebagai hujah.Apa yang boleh dilihat, UMNO mula panik dengan Ustaz Azhar walaupun sebelum ini mereka lebih leka dengan DSAI.
Ustaz Azhar turut memberi tekanan kepada UMNO kerana kelebihan yang ALLAH berikan kepada beliau, mampu menarik ramai golongan muda termasuk awang awang rempit, mampu menarik perhatian ahli ahli UMNO juga di mana dewasa ini semakin ramai ahli UMNO tertarik dengan pengajaran Ustaz Azhar terutama kemampuan Ustaz Azhar menjawab semua soalan secara spotan tanpa sedikitpun lari dari nas nas yang benar.
Kalau di Terengganu, Ustaz Azhar sepatutnya dibenci oleh ahli UMNO kerana secara konsistan mengenakan JKK dalam kuliahnya,istilah Jin Kucau Kampung menjadi popular kerana Ustaz Azhar, tetapi apa yang berlaku ialah tidak semua JKK yang sering dikutuk Ustaz Azhar(kerana perlakuan mungkar mereka) marahkan Ustaz Azhar sebaliknya tetap setia menjadi pendengar kuliah Ustaz Azhar.Malah di setengah tempat, yang menjadi penganjur ceramah Ustaz Azhar ialah JKK sehingga hari ini.

Inilah antara yang tidak disenangi oleh beberapa pemimpin UMNO(terutama mereka yang bercita cita nak jadi calon).Fenomena yang bermula di Terengganu ini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama Pahang, Johor, Perak dan Selangor.Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di kesemua negeri negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti mendapat sambutan. Walaupun loghat Ustaz Azhar ialah loghat Terengganu, tetapi yang menakjubkan ialah kesemua yang hadir mendengar faham apa yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana mempopularkan loghat Terengganu di mana jua dia berkuliah.
UMNO semakin gerun apabila di malam tahun baru, Ustaz Azhar muncul sebagai selebriti bersama Zizan Zaja Lawak.Dua personel dari Terengganu(tak silap dari kampung yang sama) menggegarkan Shah Alam pada satu acara yang menjadi fenomena kepada sambutan tahun baru negara.Kemunculan Zizan agak memeranjatkan tetapi ketika Zizan dihentam kerana satu lirik filim lakonannya, satu satu orang yang dirujuknya ialah Ustaz Azhar, jadi tidaklah menghairankan kalau Zizan juga turut menyedari usaha ikhlas ustaz Azhar dan ingin turut serta(kita mengharapkan Zizan akan istiqamah selepas ini).
UMNO pasti akan mengelabah dengan Ustaz Azhar selepas ini dan jangan terkejut kalau Ustaz Azhar akan cuba disekat dan kalau ada ulamak muda UMNO muncul berlagak pandai dengan rujukan kepada Nasruddin Albani untuk menyanggah Ustaz Azhar.
BTN sudah mengesahkan ketakutan UMNO kepada Ustaz Azhar!Yang paling digeruni ialah keupayaan Ustaz Azhar yang boleh mengalihkan undi BN kepada PR menjangkaui sokongan kepada mana mana parti.

Baca Seterusnya >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Pemuda Pandan Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER