"KEIMANAN, KEJUJURAN, SEMANGAT dan TINDAKAN merupakan ciri-ciri utama bagi pengertian 'kepemudaan'" (as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna)

Thursday 8 December 2011

Umno Penang hadiahkan "Tahi Manusia" kepada Staff Kerajaan



SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.


Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.

Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini.


Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi".

“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri

Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula.



ReJaM© "Terdesak nak kuasa, tahi pun boleh jadi bahan provokasi..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/umno-penang-hadiahkan-tahi-manusia.html#ixzz1fw510XGN
Baca Seterusnya >>

Penduduk Kampung Pandan Dalam Bantah Pemasangan Papan Tanda Iklan


Thursday, 08 December 2011 | Ruangan: Berita

Oleh Afix Redzuan
KAMPUNG PANDAN, 8 DISEMBER : Penduduk Kampung Pandan Dalam meminta pemaju membatalkan hasrat untuk menaikkan papan tanda iklan di tepi Lebuhraya MRRII atas faktor keselamatan.
Wakil penduduk, Hashim Johari berkata, tapak yang ingin digunakan ini merupakan tapak Industri Kecil Sederhana (IKS), bersebelahan dengan kedai Perabot Cempaka Sdn Bhd dan berhampiran dengan Sekolah Agama Jalan F yang dianggarkan mempunyai 250 orang pelajar.
“Penduduk merasakan sekiranya projek ini diteruskan ia akan membahayakan masyarakat setempat terutamanya murid-murid sekolah di sini.
“Kita minta pejabat ADUN dan pihak MPAJ membuat kajian sepenuhnya supaya projek merbahaya ini tidak diteruskan,” katanya.
Mengulas lanjut, jalan ini merupakan laluan pintas yang digunakan oleh penduduk Kampung Pandan Dalam sejak berlakunya pembangunan dan pelebaran jalan di Lebuhraya MRRII.
Beliau memaklumkan, pihak penduduk mengajukan masalah ini kepada Pejabat Adun Chempaka tetapi belum berbuat demikian kepada pihak MPAJ.
Setakat ini belum ada apa-apa tindakan dan jawapan yang diterima penduduk. Hashim turut menyarankan agar kawasan ini lebih baik dijadikan tempat rekreasi untuk masyarakat setempat beriadah.
Sementara itu, Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman blognya berkata beliau bersedia menyokong bantahan penduduk sekiranya ianya wajar.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat penduduk di Kampung Pandan dan di kawasan-kawasan sekitar untuk membantah pemasangan papan iklan unipole di tapak kosong di sebelah Kompleks IKS Kampung Pandan iaitu di sebelah Jalan Lingkaran Tengah 2 atau MRR2,” katanya.

Baca Seterusnya >>

SETELAH PUAS MENGUTUK, MAHU AJAK PAS ‘BERKAHWIN’ PULA?



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menyelar tindakan Utusan Malaysia yang cuba melaga-lagakan perpaduan dan ukhwah antara kepemimpinan PAS dengan memainkan isu ‘perkahwinan’ antara PAS dengan UMNO. Bagi DPP Malaysia, seakan ada jarum halus yang mahu menyucuk perpaduan di dalam PAS dengan menjadikan pemimpin tertentu sebagai ‘kambing hitam’ bagi menjayakan agenda tersebut.
DPP Malaysia merasakan editor kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan seolah-olah kekeringan idea sehingga cuba memainkan api permusuhan antara pemimpin PAS agar mereka bertelagah dan berprasangka buruk antara satu sama lain. Isu perpaduan antara PAS-UMNO telah lama dikuburkan oleh pemimpin dan ahli PAS dan sepakat mahu melupakan isu itu. DPP Malaysia menasihatkan sebaiknya Utusan Malaysia mencari isu yang lebih baik dan bermanfaat kepada masyarakat dengan tidak masuk campur urusan dalaman parti-parti politik. Tindakan Utusan ini menghilangkan kredibilitnya sebagai akhbar nasional dan dilihat oleh rakyat sebagai akhbar yang hanya menurut perintah individu tertentu yang berkepentingan.
DPP Malaysia menjelaskan, bahawa PAS tidak sudi ‘berkahwin’ dengan UMNO yang hanya tahu memperalatkan Islam demi survival politik mereka. Umat Islam masih menyimpan kemarahan ekoran keceluparan Presiden MCA yang mempertikai hukum Islam dalam Forum Hudud yang baru dilangsungkan beberapa hari lalu di Wisma MCA. Malah wakil UMNO turut sama mempertikai hukum Islam dengan pelbagai persepsi yang negatif terhadap hukum Islam itu.
Rakyat pula masih tidak boleh melupakan bagaimana tindakan rakus pemimpin UMNO-BN meluluskan Akta Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun, Akta Pekerja yang menindas golongan pekerja dan Akta Perbadanan Kampung Baru yang meminggirkan nasib orang Melayu di Kuala Lumpur.Bagaimana dalam keadan begini, UMNO masih mahu berbaik dengan PAS?  Tangan kanan mahu berjabat, tangan kiri pula menikam perut.
Perhimpunan Agung UMNO 2011 pula dijadikan medan menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sesuka hati. Seolah-olah PAS dan Pakatan Rakyat adalah parti yang penuh noda dan dosa yang perlu dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia. Habis seluruh media dipergunakan bagi membuat liputan langsung dan mengutip setiap patah perkataan yang diucapkan oleh pemimpin UMNO yang memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat. Dalam keadaan demikian, mahu disuruh PAS berbaik dengan UMNO pula?
DPP Malaysia menegaskan PAS akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat melakar perubahan bersama dengan rakyat Malaysia dalam PRU ke 13. Usah lagi bermimpi untuk ‘berkahwin’ dengan PAS, kerana PAS tidak ingin bersahabat dengan UMNO yang semakin tenat dimamah usia!

Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Baca Seterusnya >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Pemuda Pandan Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER