"KEIMANAN, KEJUJURAN, SEMANGAT dan TINDAKAN merupakan ciri-ciri utama bagi pengertian 'kepemudaan'" (as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna)

Thursday 8 December 2011

Penduduk Kampung Pandan Dalam Bantah Pemasangan Papan Tanda Iklan


Thursday, 08 December 2011 | Ruangan: Berita

Oleh Afix Redzuan
KAMPUNG PANDAN, 8 DISEMBER : Penduduk Kampung Pandan Dalam meminta pemaju membatalkan hasrat untuk menaikkan papan tanda iklan di tepi Lebuhraya MRRII atas faktor keselamatan.
Wakil penduduk, Hashim Johari berkata, tapak yang ingin digunakan ini merupakan tapak Industri Kecil Sederhana (IKS), bersebelahan dengan kedai Perabot Cempaka Sdn Bhd dan berhampiran dengan Sekolah Agama Jalan F yang dianggarkan mempunyai 250 orang pelajar.
“Penduduk merasakan sekiranya projek ini diteruskan ia akan membahayakan masyarakat setempat terutamanya murid-murid sekolah di sini.
“Kita minta pejabat ADUN dan pihak MPAJ membuat kajian sepenuhnya supaya projek merbahaya ini tidak diteruskan,” katanya.
Mengulas lanjut, jalan ini merupakan laluan pintas yang digunakan oleh penduduk Kampung Pandan Dalam sejak berlakunya pembangunan dan pelebaran jalan di Lebuhraya MRRII.
Beliau memaklumkan, pihak penduduk mengajukan masalah ini kepada Pejabat Adun Chempaka tetapi belum berbuat demikian kepada pihak MPAJ.
Setakat ini belum ada apa-apa tindakan dan jawapan yang diterima penduduk. Hashim turut menyarankan agar kawasan ini lebih baik dijadikan tempat rekreasi untuk masyarakat setempat beriadah.
Sementara itu, Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman blognya berkata beliau bersedia menyokong bantahan penduduk sekiranya ianya wajar.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat penduduk di Kampung Pandan dan di kawasan-kawasan sekitar untuk membantah pemasangan papan iklan unipole di tapak kosong di sebelah Kompleks IKS Kampung Pandan iaitu di sebelah Jalan Lingkaran Tengah 2 atau MRR2,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Pemuda Pandan Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER