"KEIMANAN, KEJUJURAN, SEMANGAT dan TINDAKAN merupakan ciri-ciri utama bagi pengertian 'kepemudaan'" (as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna)

Monday 5 December 2011

PEMUDA SELANGOR SOKONG YAB TUAN GURU BERTANDING PRU 13

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

PEMUDA SELANGOR SOKONG YAB TUAN GURU BERTANDING PRU 13

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh kenyataan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk terus bertanding di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kenyataan YAB Tuan Guru ini telah menjadi satu ‘tamparan’ kepada UMNO Kelantan yang mengharapkan supaya YAB Tuan Guru mengundur diri daripada arena politik.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada YAB Tuan Guru di atas kebersediaan beliau untuk terus meminpin PAS Kelantan di dalam menghadapi UMNO Kelantan. Sesungguhnya semangat dan iltizam YAB Tuan Guru akan menjadi azimat dan kekuatan kepada seluruh jentera parti di semua peringkat untuk mempastikan UMNO dan Barisan Nasional terus tumbang di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
  
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dalam pada itu juga membidas perwakilan UMNO di dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini yang menyamakan YAB Tuan Guru seperti Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lama memerintah. Untuk makluman kepada seluruh ahli UMNO dan Barisan Nasional, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah di minta oleh seluruh rakyat untuk berhenti bukan sekadar terlalu lama memerintah tetapi memerintah dengan penuh kezaliman, penipuan dan mengutamakan ahli keluarga semata-mata berbanding YAB Tuan Guru memerintah penuh dengan rasa tawadduk dan rendah diri kepada Allah sehingga rakyat cukup sayang dan cintakan pemerintahan YAB Tuan Guru.

Sememangnya UMNO Kelantan kini semakin berasa tertekan dengan keputusan YAB Tuan Guru untuk terus bertanding di dalam pilihanraya kerana ‘aura’ YAB Tuan Guru belum dapat ditandingi oleh mana-mana pimpinan UMNO Kelantan. Dengan itu juga hasrat UMNO Kelantan untuk menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan akan menjadi ‘angan-angan yang tidak berkesudahan’.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini juga mendoakan semoga YAB Tuan Guru akan terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin PAS Kelantan menumbangkan UMNO Kelantan secara total di dalam pilihanraya umum yang akan datang dan terus memimpin rakyat Kelantan dengan pemerintahan yang berasaskan Islam.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

06 Disember 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Pemuda Pandan Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER