"KEIMANAN, KEJUJURAN, SEMANGAT dan TINDAKAN merupakan ciri-ciri utama bagi pengertian 'kepemudaan'" (as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna)

Friday 9 December 2011

UMNO PULAU PINANG PERLU MINTA MAAF


KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

UMNO PULAU PINANG PERLU MINTA MAAF

 Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar dan mengecam tindakan Umno Pulau Pinang yang bersikap biadap apabila menghina Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan seluruh kakitangan kerajaan negeri apabila menghadiahkan kek berupa tahi manusia sempena harijadi Lim baru-baru ini Kompleks Pentadbiran Negeri Pulau Pinang di Komtar, George Town.  

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat berpendapat tindakan Umno Pulau Pinang tersebut adalah tindakan yang amat tidak beradab dan tidak bertamadun. Sebagai parti yang dikatakan mewakili orang Melayu Islam, tindakan menghadiahkan sesuatu di atas niat untuk menghina orang lain termasuk kepada orang yang bukan Islam adalah bersalahan dengan hukum agama apatah lagi dengan tata susila bangsa Melayu yang terkenal dengan baik pekerti dan halus budi.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berasa cukup kecewa dengan tindakan tidak matang Umno Pulau Pinang yang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Barisan Nasional telah kalah dan menjadi pembangkang Pulau Pinang. Umno Pulau Pinang seumpama orang ‘gila meroyan’, jadi tidak keruan apabila tidak lagi mempunyai peluang untuk membolot harta kekayaan negeri. Tindakan Umno Pulau Pinang yang sentiasa cuba memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga kini telah menunjukkan ‘rupa sebenar’ Umno yang tidak dapat menerima kekalahan mereka secara anak jantan dan berjiwa besar.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini meminta supaya Presiden Umno dan Majlis Tertinggi Umno dapat menasihatkan dan mengambil tindakan tegas terhadap Umno Pulau Pinang supaya kejadian ini tidak berulang lagi di masa hadapan dan menjadi iktibar kepada pemimpin-pemimpin Umno di negeri lain. Umno Pulau Pinang juga digesa untuk membuat permohonan MAAF kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas tindakan biadap mereka kerana telah memberikan imej buruk orang Melayu Islam sebagai orang yang lemah lembut, berbudi pekerti dan berjiwa besar kepada orang lain terutamanya kepada orang bukan Islam. Berpolitik biarlah dengan cara yang sihat dan bukan dengan dendam kesumat.


MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

09 Disember 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Pemuda Pandan Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER