"KEIMANAN, KEJUJURAN, SEMANGAT dan TINDAKAN merupakan ciri-ciri utama bagi pengertian 'kepemudaan'" (as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna)

Wednesday 7 December 2011

Pulau Pinang peruntuk RM63 juta untuk ISLAM

KERAJAAN Pulau pinang menyampaikan dana berjumlah RM418,200 sebagai imbuhan kepada 1,394 guru Kelas Al-Quran Fardhu 'Ain (KAFA) di kompleks masyarakat penyayang baru-baru ini.

"Sumbangan RM300 seorang membuktikan kerajaan negeri mampu memberi lebihan kepada rakyat kerana tidak amal rasuah dan korupsi dalam pentadbiran.Kerajaan negeri bukan saja mengiktiraf guru KAFA,malah para huffaz dan sekolah agama rakyat turut dibela sewajarnya berbanding ketika pemerintahan BN.Pemberian ini membuktikan agihan peruntukan boleh dilaksanakan dengan baik dan bermanfaat semua golongan masyarakat jika tiada penyelewengan ," kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,Datuk Mansor Othman.

Katanya,peruntukan bagi ehwal islam zaman BN pada 2008 hanya RM12.5 juta tetapi melonjak kepada RM20.5 pada 2009 apabila ditadbir Pakatan Rakyat.

"Jumlah itu meningkat kepada 24.3 juta pada 2010,Pada 2011,jumlahnya ditingkat kepada RM 63.21 juta," katanya.

sumber : Suara keadilan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Pemuda Pandan Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER